ROCKY PLANET
FIRM PLACE TO STAND OUTSIDE THE SOLAR SYSTEM
Celebrating the American Worker
The Sad Story Behind Labor Day
by Claudine Zap
For most of us, Labor Day means backyard barbecues, weekend sales, and a last carefree day before school starts. But the laid-back holiday has some seriously sad history, including chaos, riots, and even death. Let us explain.
A tragic tale
Back in the days of the Industrial Revolution, workers were expected to put in 12-hour days, seven days a week (yes, including kids). Already sounds awful, right? It gets worse. In Pullman, Illinois, a company town that employed and housed workers to build posh railway cars, times had gotten tough. In response, George Pullman cut jobs and wages. It was 1893. Thousands of workers walked off their jobs in protest, demanding higher salaries and lower rents. Other unions joined, refusing to work the Pullman cars, turning the small-town fracas into a national fury.
With mail cars backing up, and riots worrying train execs, President Grover Cleveland stepped in. He declared the strike illegal and sent 12,000 troops to break the strike. Cue brutal protests and bloodshed. The strike was broken, but so was the spirit of the workers. To reach out to the labor movement, Congress rushed the national holiday into law. The bad will resulted in Cleveland losing re-election. But the day off for hot dogs endures.
When is it?
Labor Day falls on the first Monday of September. This year, that would be Monday, September 7. According to the Department of Labor, Congress passed an act in 1894 making the first Monday in September of each year a legal holiday.
So, working stiffs everywhere, say it now, with feeling: Happy Labor Day.
MUSLIMKAH
A K U ?
(Hasil terjemahan tulisan Muhammad Quthb)
Bab 1 : Pengertian Islam
Bagaimanakah kaum Muslimin dahulu memahami Islam dan bagaimana seharusnya kaum Muslimin memahaminya sekarang ?
Tidak diragukan lagi bahawa pemahaman kaum Muslimin dahulu tidaklah sama dengan pemahaman kaum muslimin di zaman moden ini; yang memahami islam sebagai kumpulan peribadatan yang dilaksanakan terpisah daripada tingkahlaku factual.yang merasa MENGHADAP ALLAH DENGAN IKHLAS sewaktu beribadat, kemudian DIA MENGHADAP YANG LAIN DARI ALLAH daLam segala kegiatan hidupnya.
Islam yang difahami Rasulullah, yang difahami para sahabat dan tabiin adalah Islamnya jiwa secara utuh kepada Allah. Eksistensi manusia seutuhnya dituntut untuk menyerahkan diri kepada Allah. Seharusnya fikiran, ritual, tingkah laku faktualnya secara utuhpun didasarkan atas ketentuan yang telah ditetapkan Allah SWT.
Kaum Muslimin tidak memahami kalimah syahadah : LAA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADAN RASULULLAH yang mereka ucapkan kerana ucapan itu tidak meresap ke dalam jiwa dan tidak dibuktikan dalam fakta kehidupan.
Sebenarnya mereka memahami erti syahadah : TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, bahawa ALLAH itu PENGUASA TUNGGAL ALAM ini, dan ALLAH Pengatur satu-satunya setiap kejadian. Dia sendirilah yang wajib disembah dan kepadaNYA jugalah semua hati, rasa takut, dan ketaqwaan ditujukan. Bahawa DIA sajalah PEMBERI kehidupan dan PENENTU kematian. Dia sendirilah PEMBERI REZEKI yang MAHA KUAT lagi TANGGUH. Dan Bahawa penyembahan diri kepada yang lainnya dengan peribadatan atau ketakutan dan dugaan bahawa masih ada kekuatan lainnya, baik di langit mahupun di bumi, yang bisa memberikan keuntungan dan kerugian, adalah kemusyrikan yang sentiasa mereka pohon dijauhkan ALLAH daripada mereka.
Bahkan mereka memahami erti TIADA TUHAN SELAIN ALLAH lebih daripada itu, bahawa ALLAH sahajalah YANG BERHAK dan berwewenang MENETAPKAN HUKUM. DIA SAHAJAlah yang mengundangkannya kepada Manusia. DIA SENDIRIlah yang berwenang menetapkan tata tertib dan peraturan pergaulan hidup mereka, dan tidak ada seorangpun atau sesuatu kekuatanpun di jagat raya ini yang berhak dan berwenang dalam soal itu. Dan permasalahan ini adalah permasalahan lama, seusia dengan kehidupan manusia di bumi :
“KAMI BERKATA : TURUNLAH KAMU SEKELIAN (DARI SYORGA KE BUMI) ! JIKA DATANG PETUNJUKKU KEPADAMU, MAKA, BARANG SIAPA YANG MENGIKUTINPETUNJUKKU, NESCAYA TIDAK ADA KEKHUATIRAN ATAS MEREKA, DAN TIDAK PULA BERSEDIH HATI” (alBaqarah :37)
Suatu masalah yang sentiasa menyertai kehidupan sepanjang sejarah kehidupannya, supaya sentiasa berpegang teguh dengan PETUNJUK HIDAYAH ALLAH dan berbuat sesuai dengan ketentuanNYA, kalau tidak, jelas, mereka bukan kaum Muslimin.
Begitu pula mereka memahami syahadah : BAHAWA MUHAMMAD ITU RASUL ALLAH, bahawa Rasulullah itu benar-benar RASUL ALLAH yang dipercayakan untuk menyampaikan RISALAHNYA. Rísalah petunjuk yang sentiasa menyertai ummat manusia untuk ditaati dan ditakuti. Dialah satu-satunya orang yang dipercaya ALLAH untuk menyampaikan AYAT-AYAT YANG WAJIB DIPATUHI bersama dengan KEPATUHAN KEPADA ALLAH SWT :
“DAN KAMI TIDAK MENGUTUS SEORANG RASULPUN MELAINKAN SUPAYA DITAATI DENGAN IZIN ALLAH. DAN APA-APA YANG DIBERIKAN (DISAMPAAIKAN) RASUL ITU KEPADAMU, AMBILLAH (AMALKANLAH) DAN APA-APA YANG DILARANGNYA, HENTIKANLAH”
Rasululah SAW merupakan pola praktik hidup daripada rízala langit itu, dialah suri teladan dalam setiap tingkahlaku dan kegiatan Amat manusia. Dialah pemimpin Amat, pengasuh, guru dan pembimbing setiap Muslim bahakan dialah cahaya terang sebagai penerang dalam kegelapan.
Demikianlah pemahaman secara umum atau global tentang TIADA TUHAN SELAIN ALLAH dan bahawa MUHAMMAD itu RASUL ALLAH. Suatu pengertian yang sering menjadikan orang menganggap dirinya Islam begitu pengertian itu adalah fikirannya, sebab, pada kenyataannya, Syahadah itu merupakan hakikat Islam, yang mampu mengubah diri peribadi dalam kehidupannya, dan berdaya guna untuk mengarahkan seseorang ke JALAN YANG BENAR atau JALAN ALLAH apabila Syahadah itu tertanam dalam setiap peribadi.
Daripada pemahaman umum itu berkembang atau memancar pula pengarahan-pengarahan AlQuran yang mendetilkan tingkahlaku Rasulullah yang praktis serta berbagai pemahaman lain berpengaruh serta mendalam dalam jira kaum Muslimin dahulu, yang memantul dalam fikiran dan tingkah laku mereka, meskipun mereka tidak berfalsafah dan menulis berjilid-jilid buku seperti yang Semarang kita lakukan.
Kaum Muslimin itu sefaham bahawa suatu niat yang tertanam dalam kalbu belum bererti Islam, selama niat itu tidak direalisasikan dalam perbuatan nyata dan tingkahlaku actual, menurut penilaian ALLAH ia Belem punyai erti sebelum ada bukti yang faktual. Rasulullah bersabda :
“Keimanan itu bukan angan-angan atau satu perhiasan akan tetapi apa yang tertanam di dalam kalbu dan dibuktikan dengan amal nyata.”
Kami (penulis) baru menyedari kebenaran axioma ini dan kedalaman pembuktian nya dalam kehidupan manusia setelah melakukan pembahasan filsafat dan khususnya penelitian psikologi.
Manusia sering terlibat seolaholah puas dengan suatu pemikiran dan memahami pemikiran itu secara mendalam sehingga merasa tidak perlu melakukan pemikiran ulang, atau mendengar pemikiran lain kerana ia merasa pemikirannya benar dan tak perlu diperdebatkan lagi dan secara mantap telah tertanam di dalam bathinnya. Tiba-tiba ternyata fikirannya itu hanyalah fatamorgana belaka dan tiada buktinya dalam kenyataan atau hanya memiliki sedikit potensi dan tidak cukup untuk menggerakkan roda kehidupan.
Pada waktu anda bermimpi terbayang pada anda bahawa dengan daya tolak sedikit anda mampu menggerakkan alam !
Tetapi setelah bangun, anda mencuba memindahkan sebuah meja tulis saja terasa berat sekali. Kalau anda hendak menggeser, anda harus menambah kekuatan daya tolak anda itu, atau mengumpulkan daya potensi nyata dari semangat yang terpendam dalam diri anda, sehingga sebanding dengan kekuatan berat benda itu, kemudian baru anda tambah pula energi potencial itu untuk mengaktualisasikan daya tolak itu dalam alam nyata. Gerakan itulah yang menjadi tolak ukur yang hakiki dari adanya sisa daya potensi yang terpendam itu.
Hakikat ini bukan khusus terdapat dalam alam manusia (mikrokosmos) sahaja, akan tetapi ia merupakan bahagian dari hakikat alam semesta (makrokosmos), yang merupakan hukum dari alam kehidupan.
Para pencipta alat penggerak – mesin – menyedari bahawa energi potencial sahaja tidak cukup. Ia pertama-tama harus merubah kekuatan terpendam menjadi kekuatan nyata (lahiriah), ertinya mengubah niat menjadi tingkahlaku, lalu tingkahlaku itu ditingkatkan bukan hanya sebanding dengan kekuatan yang hendak dilawan, akan tetapi harus lebih kuat dari itu, sehingga menggerakkan alam nyata yang dibutuhkan dalam fakta kehidupan.
Daya gerak itu merupakan hukum alam semesta yang didasarkan pada hakikat : mengubah potensi energi terpendam menjadi kekuatan nyata dan pertambahan kekuatan perlu untuk melawan (mengatasi) kemudian menggerakkan ke arah yang dikehendaki.
Jira manusia merupakan satu kekuatan alami yang sentiasa berjalan menurut hukumnya sendiri, dan hal ini tidak berbeza dengan kekuatan alam semesta lanilla, baik secara material mahupun mental. Sedang materi serta energi/tenaga itu menurut ilmu pengetahuan moden adalah sama. Kenyataan ini menunjukkan bahawa niat sahaja tidak cukup, kerana itu baru merupakan kekuatan terpendam yang belum diubah menjadi daya usaha dan belum diuji cuba untuk melawan rintangan.
Marilah kita perhatikan : Apa sebenarnya rintangan alami dalam kehidupan manusia? Rintangan yang mesti dilatan bukan sekadar dengan niat, tetapi mengubah niat itu menjadi kekuatan hakiki, pertama-tama untuk menseimbangkannya, kemudian diwujudkan dalam daya gerak yang hakiki dalam kehidupan nyata.
1. Rintangan dari Dalam
Rintangan ini berupa : senang berkumpul (berpuak, berpersatuan), adat istiadat, tradisi, inginkan kehidupan yang mudah, tidak suka bersusah payah dan enggan mengahadapi keletihan atau risiko. Inilah nafsu.
2. Rintangan dari Luar
Antara lain : norma kemasyarakatan yang menindas dan kekuatan yang menyimpang dalam masyarakat, kadangkala ini malah berpengaruh lebih besar.
Untuk jelasnya kami berikan predikat Taghut, ertinya semua kekuatan yang melampaui batas dan menyimpang dari jalan yang lurus.
Hawa nafsu dari dalam diri dan taghut dari luar, merupakan kekuatan “hakiki”, faktual, bergerak, memiliki daya tekan, daya berat dan daya tolak. Untuk menghadapi inilah potensi niat saja tidak cukup apa lagi untuk mengalahkannya serta untuk menimbulkan daya gerak yang constan/tetap dalam jalur kebenaran.
Ini merupakan suatu dalil dari hukum jira dan hukum kehidupan, dan Rasulullah SAW sangat memahami dan menyedarinya sehingga beliau bersabda :
“ Keimanan itu bukan angan-angan dan bukan pula perhiasan akan tetapi apa yang tertanam dalam kalbu dan dibuktikan dengan amal nyata”
Begitu pula para sahabat baginda. Mereka memahami dan menyedari benar, sehingga mereka berjuang dan bersungguh-sungguh untuk menegakkan diri dan masyarakat mereka atas landasan Islam.
Apalah ertinya sekadar niat baik yang ikhlas dalam fakta kehidupan ini ?
Atau dari segi lain, apa pula keburukannya ?
Keburukannya, ia ibarat fatamorgana, satu tipu daya belaka. Ia memberikan khayalan yang mengasyikkan anda dan anda dilamun mimpi bahawa dengan kekuatan atau daya tolak yang sedikit, bisa menggerakkan alam.
Namun anda belum pernah mencuba seberapa besar tenaga yang dibutuhkan untuk memindahkan sebuah meja tulis dari tempatnya. Anda cukup puas bahawa anda ikhlas, berhati bersih, berjiwa polos dan berwatak lupus, dan sentiasa mengadakan kontak dengan Allah dan melakukan apa-apa yang diredhainya.
Ya ! Namun dikala anda diminta mengekang hawa nafsu, diminta mengubah adat istiadat dan kebiasaan, atau berusaha untuk mengubah tradisi masyarakat dari tempat anda hidup, dikala anda dituntut menunaikan kewajipan mengubah dan memperbaiki persimpangan yang terjadi di tengah masyarakat, supaya mereka berjalan sesuai dengan jalan lurus yang anda anut dengan kesediaan untuk mendapatkan risiko gangguan, penderitaan dan pemecatan !
Dikala anda dituntut untuk menghadapi si Taghut, Taghut yang bagaimanapun bentuknya, dan risikonya, jiwa anda terancam !
Bagaimana sikap anda kini ? Apa sisa faktual dari niat baik yang terpendam dalam bathin anda ?
Sungguh benar bahawa pekerjaan tanpa niat yang terpendam dalam bathin tidak bererti; akan tetapi kalau niat saja, apa gunanya? Tanpa diikuti menjadi sebuah kekuatan nyata yang berdaya guna dalam kehidupan ?
Apakah sabda Rasulullah SAW : “Keimanan itu bukan angan-angan dan bukan per hiasan, akan tetapi apa yang tertanam dalam kalbu dan dibuktikan dengan amal nyata “ ter lalu kabur dan sulit untuk difahami ?
Atau, apakah Rasulullah dalam soal ini, seorang yang realis dalam erti yang sebenar nya ? esang
Sebenarnya, bukti hakiki dari niat baik itu ialah kesanggupannya melawan hawa nafsu dari dalam dan taghut dari luar. Kalau ia tidak diwujudkan lepada satu perlawanan nyata, atau ia tidak mampu mengubahnya, seperti balon busa (buih sabun) yang kelihatan indah dan menarik , Namur apabila tersentuh, ia lesap melenyap di udara.
Lantaran itulah, Islam tidak cukup dengan niat saja, dan Islam tidak pernah mengabaikan perwujudan karya nyata dalam kehidupan.
Lantaraqn itulah AlQuran tidak pernah mengatakan : Alladzina Amanu (orang yang beriman), akan tetapi selalu mengatakan : Alladzina Amanu wa’amilu shalihaati (orang yang beriman dan beramal soleh); Jadi, apa-apa yang terpendam dalam kalbu harus dibuktikan dengan amal nyata.
Kerana itulah agama Islam dinamakan sebagai agama fitrah, agama yang sesuai dengan fitrah, kerana Islam sesuai dengan fitrah alam dan hukum kehidupan.
Hal ini diutarakan sebagai satu dalil dari berbagai kebenaran atau kenyataan yang difahami generasi Muslim pertama tentang Islam.
Dari kesedaran dan pemahaman tentang dalil (prinsip) Islam itu, mereka bekerja keras dalam alam nyata untuk merealisasikan pemikiran Islam bukan hanya dengan menumpuk angan-angan yang baik dan menggantung cita-cita di angkasa.
Dari satu segi mereka melakukan amal peribadi, dan di segi lain, mereka bekerja dalam alam nyata untuk masyarakat dan negara/dunia Islam sebenar.
Tidak seorangpun dari kaum Muslimin terdahulu yang berpengertian bahawa ia bisa menjadi Muslim dengan niat baik sahaja sementara tindak tanduknyanya menyimpang dari Islam, hanya berlandaskan Husnudh Dhan, dengan niat baik yang tersembunyi di sebalik kelakuan.
Mereka menyedari bahawa niat dan amal perbuatan itu ibarat dua muka dari satu keping mata wang, yang tak dapat dibayarkan kecuali dengan kedua-dua mukanya. Niat baik tanpa amal perbuatan merupakan satu angan-angan kosong yang tak terbukti dalam kenyataan. Dan amal perbuatan tanpa niat baik, suatu karya yang sia-sia baik di langit mahupun di bumi, kerana ALLAH tidak menerima perbuatan apa pun kecuali jira dipersembahkan semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH sahaja, dan itulah niat yang baik itu. Jadi, perbuatan tanpa niat itu bagi ukuran bumi sekalipun sentiasa akan terbukti kepalsuannya.
Kaum Muslimin generasi terdahulu, tidak seorangpun yang berfaham bahawa dia bisa menjadi Muslim dengan niat baik sahaja, sementara dalam kehidupan sehari-hari, dia terumbang-ambing bersama hawa nafsu peribadinya, kerana tergiur dengan keuntungan yang sudah di ambang pintu, kerana ingin mengejar kesempatan dan kemudahan, atau kerana memelihara diri dari keletihan, kesusahan dan bahaya. Dia hanyut bersama-sama dengan masyarakat yang tidak Islami. Yang mula-mula dimasukinya adalah tradisi atau penyimpangan, kerana ingin mendapatkan ketenangan dan ketenteraman atau mendambakan kedudukan, penilaian dan penghormatan dari masyarakat atau untuk menghindarkan diri dari gangguannya, baik gangguan itu dengan mimik (gerak air muka), dengan penghinaan dan cemuhan, atau ia berupa gangguan materi yang menyiksa badan, penggencetan ekonomi atau ancaman maut.
(Insya Allah … akan bersambung nanti)
TO BE CONTINUE
Wednesday, September 30, 2009
UMNO 59 TAHUN
DAN MASA DEPAN BANGSA
Oleh: Kassim Ahmad
Kassim03@streamyx.com
[A translated English version follows]
Setelah bertahan selama 59 tahun, setelah melalui beberapa krisis besar, UMNO hari ini masih wujud dan relevan dan boleh dikatakan masih kuat. Dalam masa tiga tahun ini, UMNO telah memperbaharui dirinya dengan pengenalan dua kelompok organisasi muda, Puteri dan Putera UMNO. “Beri aku 10 Pemuda dan aku akan mengoncang dunia!” Kata-kata ransangan Sukarno ini satu metafora bagi idealisme pemuda. Namun demikian, masa akan mentua dan melesukan pemuda dan mungkin akan melupuskan idealismenya.
Tua tidak semestinya bermakna kehilangan idealisme, atau s
emangat perjuangan untuk mewujudkan sebuah dunia yang adil. Namun demikian, pimpinan UMNO sekarang mesti akui hal yang nyata kepada semua rakyat bahawa UMNO menghadapi bahaya kehilangan semangat dan matlamat perjuangannya. Berapa peratus anggota UMNO sekarang, termasuk pimpinannya, yang mahu mencari sesuatu yang tinggi dan mulia dalam perjuangan, seperti yang diungkapkan dalam puisi Presidennya, walaupun kita terpaksa menyatakan Imam Shafie dan Imam Ghazali bukanlah contoh-contoh intelek yang paling agung dalam dunia intelek Islam?
Presiden UMNO mahu UMNO terus diperkasakan, kerana UMNO-lah pejuang bangsa. Tetapi, bagaimana? Adakah semata-mata dengan memberi ucapan-ucaoan yang berapi-api, menggesa, memberi nasihat, merayu dan malah menangis dalam Perhimpunan Agung UMNO? Bagaimana hendak menghapuskan “politik wang” atau rasuah yang telah melanda UMNO dalam masa 20-30 yang lalu? Inilah ibu segala masalah dalam negara kita sekarang.
Tiga puluh tahun dulu, orang berkata: “Jangan ambil atau beri rasuah!” Sekarang nasihat yang baik itu telah bertukar menjadi: “Jangan jadi bodoh. Kalau kau tak ambil, orang lain akan ambil. Lebih baik, kau ambil!” Demikianlah falsafah rasuah telah berkembang dan subur dalam masyarakat kita hingga hari ini negara kita boleh hancur kerana rasuah.
Orang-orang di kampung dituduh malas dan tidak mahu berusaha, tetapi apabila ada seseorang belia yang hendak berusaha, kita bunuh semangatnya dengan menafikan dia peluang untuk berusaha. Dalam seratus kes, mungkin hanya sepuluh
berjaya (kerana mereka bernasib baik ada hubungan dengan orang-orang yang berpengaruh di kampung) dan lapan puluh lagi gagal (kerana mereka tidak ada hubungan itu).
Di manakah belia seperti itu akan mengadu? Pelajarannya kurang; ibu-bapanya orang kampung biasa. Mereka tidak ada tempat hendak mengadu. Kumpulkan belia-belia ini, ibu-bapa mereka dan adik-beradik mereka dalam masa tiga puluh tahun, ia menjadi suatu gerakan penentang yang kuat. Ini telah pun berlaku dan akan terus berlaku sehingga kita musnahkan bangsa kita sendiri. Kecuali kita melakukan sesuatu yang segera untuk mengubah keadaan ini.
Kita tidak boleh mengubah dengan ucapan-ucapan muluk-muluk saja, atau khutbah atau doa. Kita mesti buat suatu perancangan yang baik. Perancangan itu mesti berdasarkan suatu panduan atau contoh yang bagus dan kita mesti gubal satu dasar dan kaedah untuk melaksanakan perubuhan itu. Sudahkah kita buat perancangan untuk perubahan itu?
UMNO perlu dibersihkan dan diperbaharui, bukan dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan-tindakan yang berterusan. Yang boleh beri petunjuk atau panduan kepada kita ialah kitab suci kita, iaitu Quran. Yang boleh kita tauladani ialah zaman-zaman kebangkitan Islam awal – zaman Nabi Muhammad dan beberapa generasi selepas beliau. Juga zaman-zaman kebangkitan Eropah, Jepun dan China, dan lain-lain. Dua ciri yang sama dapat kita lihat dalam contoh-contoh kebangkitan ini: falsafah yang optimis tentang kehidupan manusia dan sains atau ilmu.
Dalam kebangkitan Arab yang pertama, tiga perkataan melonjakkan mereka naik ke atas mengambil tempat pertama dalam dunia zaman itu. Tiga perkataan itu ialah: pegangan tauhid, ilmu yang terbit dari selogan “iqra’” dan perbuatan, yang terbit dari pegangan tauhid dan ilmu -- dengan lain perkatan: tauhid, ilmu dan kerja. Jika kita lihat kebangkitan bangsa-bangsa lain pun, demikianlah kejadiannya. Jadi, perlulah pemimpin-pemimpin UMNO dan tiga juta anggotanya, malah cerdik-pandai dan orang Melayu, beri perhatian berat kepada perkara ini.
Ambil contoh percubaan UMNO untuk mengubah orang Melayu dalam masa empat puluh tahun ini: gerakan-gerakan “revolusi mental”, “Melayu Baru”, “Islamisasi” dan “nilai-nilai murni”. Sudahkah kita membuat penilaian sejauh mana kita telah berjaya dengan gerakan-gerakan perubahan ini? Kalau kejayaan kita kurang dari 51 %, kita sudah gagal. Adakah pemimpin-pemimpin UMNO atau pemimpin-pemimpin Melayu sanggup duduk selama dua hari dan memikirkan secara jujur kegagalan ini? Daripada mereka menghabiskan masa berucap kosong di sana-sini, mengadakan seminar demi seminar untuk mengulang perkara-perkara yang sama yang kemudian tidak dipedulikan, apa lagi dengan suatu puak menyalahkan puak lain, bukankah lebih baik kita meluangkan masa dua tiga hari, malah dua tiga bulan pun, untuk mencari penyelesaian secara jujur tentang mada depan bangsa kita?
Pemimin-pemimpin UMNO, malah semua pemimpin dan cerdik-pandai kita, harus sedar akan bahaya yang kita hadapi dan buat dan laksanakan rancangan untuk mengatasinya.
UMNO’s Fifty-Ninth Anniversary
And The Future of Our Nation
Kasim Ahmad
(Translated by M. Bakri Musa)

No comments:
Post a Comment